Barisan Kepimpinan Eksekutif

Pasukan Eksekutif Zija merupakan daya penggerak utama di sebalik kejayaan Zija. Dengan gabungan pengalaman yang luas dalam industri ini, mereka tahu apa yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan mampan dan perkembangan pesat demi kejayaan Pengedar dan para pelanggan kami.

Ryan Palmer

Ryan Palmer

Presiden & CEO

Sebelum menyertai Zija International, Mr. Palmer mengetuai bahagian pembangunan perniagaan bagi sebuah syarikat yang mempunyai aktiviti perniagaan merentasi sempadan pelbagai negeri. Kepakaran dan kepimpinan beliau selama bertahun-tahun telah membantu mewujudkan asas syarikat yang kukuh dan pertumbuhan tahun ke tahun yang konsisten. Mr. Palmer memberi tumpuan sepenuhnya untuk membantu Zija menjadi sebuah syarikat Legasi yang akan mengubah dunia.

Dr. Joshua Plant

Dr. Joshua Plant

Ketua Pegawai Operasi

Dr. Joshua Plant merupakan graduan terbaik dari Sekolah Perubatan Harvard, dengan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang sains bioperubatan. Beliau telah menjalankan penyelidikan meluas dan telah menerbitkan hasil penyelidikannya dalam pelbagai topik mengenai kesihatan dan pemakanan. Beliau seorang yang teliti dalam melaksanakan tugas bagi memastikan kualiti dan nilai pemakanan produk Zija kekal pada tahap terbaik. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Produk Zija yang terkenal di dunia.

Jarom Dastrup

Jarom Dastrup

Naib Presiden, Jualan

Jarom Dastrup menjadi pendorong kejayaan Pengedar melalui pelbagai program latihan Zija yang mudah dan boleh diduplikasi untuk memperkasakan individu bagi mencapai matlamat peribadi dan kumpulan. Mr. Dastrup berkhidmat untuk Zija dengan berbekalkan hampir tujuh tahun pengalaman dalam bidang jualan langsung dan lebih satu dekad pengalaman dalam bidang jualan. Kecekapan beliau dalam berkomunikasi dan kewibawaannya melatih dan melaksanakan jualan menjadikan beliau sebagai aset penting dalam Kumpulan Eksekutif Zija.

Laura Bijerring

Laura Bijerring

Naib Presiden, Kewangan

Berbekalkan pengalamannya yang luas, Ms. Bijerring berjaya menjana hasil kewangan yang membanggakan di beberapa syarikat swasta dan juga awam dalam pelbagai industri. Bidang kepakaran beliau merangkumi laporan kewangan, peramalan perniagaan, belanjawan, pengurusan tunai, penggajian, analisis kewangan dan pengurusan perakaunan.

Matt Warner

Matt Warner

Naib Presiden, Operasi

Mr. Warner mempunyai hampir 25 tahun pengalaman dalam pemasaran rangkaian, lapan tahun daripadanya tertumpu dalam industri minyak pati. Beliau menggunakan sokongan ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan MBA beliau untuk membangunkan dan mengetuai pelbagai inisiatif perniagaan. Mr. Warner berazam untuk menyediakan produk, peluang perniagaan dan pengalaman keseluruhan yang terbaik bagi semua Pengedar Bebas Zija.

Dave Jensen

Dave Jensen

Pengarah Eksekutif, Teknologi Maklumat

Berbekalkan pengalaman mencecah 15 tahun dalam industri ini serta keazaman untuk menambah baik keadaan dunia di sekelilingnya, Mr. Jensen dilengkapi kemahiran untuk melaksanakan pendekatan IT yang memfokus pada strategi serta kepakaran untuk menjana hasil yang diingini. Beliau memiliki segala alatan dan semangat yang diperlukan untuk melonjakkan prestasi IT Zija ke tahap seterusnya. Mr. Jensen dipertanggungjawabkan menyelia semua pasukan perisian dan perkakasan Zija di seluruh dunia.

Jason Ahlmann

Jason Ahlmann

Penasihat Undang-undang Korporat & Pengarah, Pematuhan

Sebagai peguam berlesen selama lebih satu dekad, Mr. Ahlmann berperanan sebagai penasihat undang-undang Zija dan pada masa yang sama, menyelia pelaksanaan dasar, prosedur dan program syarikat. Mr. Ahlmann memastikan agar Zija dan para Pengedarnya menjalankan perniagaan selaras dengan undang-undang berkenaan bagi menjamin masa depan Zija sebagai sebuah syarikat legasi.

Kyle Casteel

Kyle Casteel

Pengarah Eksekutif, Pemasaran

Latar belakang Mr. Casteel yang kukuh sebagai Pengarah Kreatif dan Pereka Grafik adalah salah satu faktor yang menyokong kewibawaannya untuk menerajui usaha pemasaran dan penyediaan bahan bagi menyebarkan keterampilan Zija International, termasuk penggunaan laman web, aplikasi mudah alih, video, pembungkusan, bahan bercetak, pemasaran melalui e-mel dan banyak lagi. Matlamat Mr. Casteel adalah untuk mempersembahkan produk, peluang perniagaan dan mesej Zija melalui cara yang paling jelas dan paling menarik.