KAMI MENGHORMATI PRIVASI ANDA
Adalah penting supaya anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda semasa anda melayari Laman Web ini dan perkara yang kami lakukan dengan maklumat tersebut. Kunjungan anda ke Laman Web ini adalah tertakluk kepada Polisi Privasi ini.
PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT
Kami tidak mengumpulkan maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda, melainkan anda memberikannya kepada kami secara khusus. Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk melengkapkan soal selidik, anda mungkin akan diminta memberikan maklumat tertentu seperti maklumat hubungan anda (nama, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat), tarikh lahir, jantina, umur dan produk dan/atau suplemen pemakanan yang berkaitan, serta produk dan jenama yang anda gunakan. Apabila anda menyerahkan maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda pada Laman Web ini, anda membenarkan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda sepertimana yang ditetapkan dalam Polisi Privasi ini. Jangan berikan kepada kami apa-apa maklumat sedemikian jika anda tidak mahu kami mengumpulkan apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda. Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami untuk menghasilkan dan menghantar katalog, borang tinjauan, surat berita atau komunikasi kami yang lain kepada anda. Ia mungkin mengandungi maklumat produk atau ganjaran, berserta tip dan insentif untuk mengembangkan perniagaan Zija anda. Jika anda tidak mahu menerima komunikasi e-mel atau katalog kami, sila lihat Bahagian di bawah. Apabila anda mengunjungi Laman Web ini atau membaca mana-mana e-mel kami, anda boleh menggunakan tag piksel (juga dipanggil GIF "jernih") dan/atau teknologi yang serupa untuk merekodkan sesetengah halaman yang anda layari pada Laman Web kami dan memperibadikan pengalaman anda. Kami juga menggunakan tag piksel untuk menentukan jenis e-mel yang disokong oleh pelayar anda. Kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui tag piksel dengan maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda. Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang diberikan oleh anda dan pengunjung lain di Laman Web ini dalam bentuk terkumpul bagi tujuan perniagaan dalaman, seperti membangunkan pelan pemasaran dan menjana statistik. Kami tidak akan menjual atau menyewakan maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda, melainkan sepertimana dinyatakan dalam Polisi Privasi ini. Kami mungkin akan mengambil, menyimpan atau mengumpulkan maklumat tertentu yang tidak dapat mengenal pasti identiti apabila anda menggunakan Laman Web ini, seperti maklumat mengenai pilihan halaman kami yang paling popular. Kami mungkin akan berkongsi atau memindahkan maklumat tertentu yang tidak dapat mengenal pasti identiti ini dengan atau kepada sekutu, rakan niaga dan pemegang lesen kami. Kami mungkin akan mendedahkan apa-apa maklumat yang kami fikirkan perlu, termasuk maklumat yang boleh mengenal pasti identiti, mengikut budi bicara mutlak kami bagi tujuan pematuhan kepada mana-mana peraturan dan undang-undang yang terpakai, proses perundangan, atau bagi memenuhi permintaan pihak kerajaan.
COOKIE DAN FAIL LOG
Kami mungkin akan meletakkan "cookie" pada perkakasan komputer anda supaya kami dapat mengenal pasti anda apabila anda kembali melayari Laman Web kami. Cookie adalah cebisan data yang membolehkan kami menjejak dan menyasarkan keutamaan anda. Cookie akan disimpan dalam perkakasan komputer anda bagi membolehkan kami memperibadikan pengalaman anda, sehinggalah anda menyahaktifkannya. Anda boleh menetapkan supaya pelayar anda memaklumkan anda apabila terdapat cookie, dan anda boleh menerima atau menolak penggunaannya secara automatik. Anda masih boleh menggunakan Laman Web kami jika anda menolak cookie kami, namun sesetengah ciri Laman Web kami mungkin akan terbatas. Sesetengah rakan niaga kami juga mungkin menggunakan cookie pada Laman Web kami; walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengakses atau mengawal cookie ini dan kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penggunaannya. Di samping itu, kami mungkin menggunakan alamat IP untuk menganalisis trend, mengumpulkan maklumat demografi untuk kegunaan terkumpul, menguruskan Laman Web kami dan menjejak corak aliran trafik. Melainkan dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, kami tidak akan menggunakan alamat IP dengan gabungan maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda tanpa kebenaran daripada anda terlebih dahulu.
Pihak Ketiga
Kami mungkin melantik syarikat dan individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak kami. Contoh-contoh pihak yang terbabit ini termasuklah pakar sokongan pelanggan, firma analisis data, syarikat pengendalian perniagaan (seperti syarikat yang menyelaraskan penghantaran mel) dan syarikat penganjuran web. Pihak ketiga ini mungkin dibenarkan mengakses maklumat yang boleh mengenalpasti identiti sepertimana diperlukan bagi melaksanakan fungsi mereka, namun mereka tidak boleh menggunakan maklumat tersebut bagi sebarang tujuan lain. Pihak ketiga ini juga mungkin akan menggunakan maklumat dalam bentuk terkumpul bagi tujuan perniagaan dalaman mereka, seperti menjana statistik untuk bahan-bahan pemasaran.
Pautan
Laman Web ini mungkin mengandungi pautan ke atau dari laman web lain. Polisi Privasi ini tertakluk hanya kepada maklumat yang kami kumpulkan melalui Laman Web kami. Sila maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web lain. Kami menggalakkan anda supaya membaca polisi privasi laman web lain yang anda masuki melalui pautan dari Laman Web kami atau yang sebaliknya yang anda kunjungi.
Keselamatan
Bagi melindungi maklumat perbadi anda, sama ada dalam talian atau luar talian, kami mengaplikasikan pelbagai kaedah keselamatan. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai keselamatan Laman Web kami, anda boleh menghantar e-mel ke webmaster@drinklifein.com.
PENUKARAN MILIK ASET PERNIAGAAN
Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan kami, kami mungkin menjual sesetengah aset kami yang tertentu. Maklumat pengguna, termasuk maklumat yang boleh mengenal pasti identiti, adalah salah satu aset perniagaan yang lazim ditukar milik dalam urusniaga sebegini. Dengan memberi maklumat peribadi anda di Laman Web kami, ini bermakna bahawa anda telah memberi persetujuan untuk pemindahan data anda kepada pihak-pihak terbabit dalam situasi yang tersebut.
NOTIS MENGENAI PERUBAHAN
Kami mungkin akan meminda Polisi Privasi kami pada masa-masa tertentu. Kami akan memuat naik polisi yang sudah dikemas kini di sini jika kami mengubah Polisi Privasi kami. Oleh sebab kami mungkin membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan anda, kami mengesyorkan agar anda menyemak Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila maklum bahawa hak kami untuk menggunakan maklumat yang boleh mengenal pasti identiti anda adalah berdasarkan kepada polisi privasi yang berkuat kuasa pada waktu penggunaan maklumat tersebut.
PEMBATALAN LANGGANAN E-MEL
Apabila anda menerima e-mel daripada Zija International, anda boleh mengubah keutamaan e-mel anda dan membatalkan penerimaan e-mel yang selanjutnya pada bila-bila masa. Hanya klik pautan "unsubscribe" (batal langganan) pada bahagian bawah setiap e-mel yang anda terima daripada kami atau e-mel kami di webmaster@drinklifein.com.
Komen
Kami sentiasa berusaha sedaya upaya agar anda menikmati pengalaman anda semasa mengunjungi Laman Web kami dan agar privasi anda sentiasa dihormati. Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai amalan privasi kami, sila hubungi kami melalui e-mel di webmaster@drinklifein.com.