SEORANG LELAKI DENGAN SATU VISI
Tokoh. Pencetus Pembaharuan. Usahawan. Ikon.
Kisah Zija bermula apabila seorang lelaki menonton dokumentari mengenai sebatang pokok yang tumbuh di tanah asing. Beliau berasa sungguh kagum dengan ciri-ciri penyembuhan dan pelbagai khasiat pemakanan pokok ini, walaupun dengan pengambilan yang sedikit. Botani yang kaya dengan nutrien ini dipanggil Moringa oleifera, manakala individu yang dimaksudkan ialah Ken Brailsford, perintis dalam industri pemakanan tambahan, “Bapa Pengkapsulan Herba” dan Pengasas Zija International.
Sebelum Zija International dikenali ramai, Ken telah berjaya memulakan dan menguruskan dua buah syarikat pemasaran rangkaian berteraskan kesihatan dan produk pemakanan dengan jualan bernilai jutaan dolar. Walaupun sudah bersara ketika beliau mengetahui kewujudan Moringa oleifera buat pertama kali, Ken berasa diinspirasikan oleh potensi Moringa untuk mengubah kehidupan insan di seluruh dunia. Oleh itu, beliau kembali aktif dan mula mendalami tumbuhan ini daripada saintis, pakar biokimia, ahli botani, ahli farmakologi dan pencipta formula yang terbaik di dunia.
Bagi membantunya menyebarkan mesej Zija dan memperkasakan keupayaan Pengedar Bebas dalam setiap aspek, Ken telah membentuk satu pasukan eksekutif yang berwibawa dan memilih Ryan Palmer untuk menerajui syarikat. Kedua-dua pemimpin ini saling berganding bahu bagi merealisasikan matlamat pertumbuhan yang pesat dan mampan untuk syarikat dan juga perniagaan ini.