Majlis Penasihat Produk Zija

Zija telah membentuk sekumpulan profesional yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing untuk membantu syarikat mengekalkan kualiti terbaik dari setiap aspek penghasilan produk kami yang terkenal di dunia, termasuk penyelidikan dan pembangunan, pengurusan sumber, pengesahan kualiti dan rantaian pengangkutan. Majlis ini komited untuk memastikan agar pelanggan dan pengedar kami hanya menerima manfaat terbaik apabila mereka menyertai dan berkongsi revolusi Kesihatan Semula Jadi kami.

Joshua Plant

Joshua Plant, Ph.D.

Pengerusi Majlis Penasihat Produk Zija

Dr. Joshua merupakan graduan terbaik dari Harvard Medical School apabila beliau berjaya melengkapkan program 8 tahun dalam tempoh 3.5 tahun sahaja. Beliau memperoleh ijazah Ph.D. dalam bidang Sains Bioperubatan dan telah terpilih sebagai 1 daripada 14 orang penerima NIH Research Fellowship Award dari seluruh dunia. Dr. Plant telah menerbitkan hasil penyelidikannya dalam pelbagai jurnal saintifik mengenai pertumbuhan sel, metabolisme dan topik lain berkaitan kesihatan. Beliau juga bertanggungjawab memantau penghasilan dan kualiti produk Khasiat Pemakanan Utama Moringa, Minyak Pati Améo dan Suplemen Kecergasan Ripstix.

Karen Jensen

Karen Jensen, MH, CM

Pakar Kehidupan Sihat

Karen Jensen ialah Pakar Herba terlatih dari School of Natural Healing milik Dr. John R. Christopher. Ms. Jensen ialah bidan bertauliah dan telah menerbitkan beberapa buah buku mengenai perbidanan serta peranan herba dalam penjagaan kesihatan. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menyusun atur dan mengajar kursus bagi Profesional Kesihatan Semula Jadi Bertauliah di bawah penyeliaan Dr. W. W. Whitman, malah beliau juga memiliki ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Perkahwinan dan Penyelidikan Keluarga. Ms. Jensen gemar menjahit, memasak, mengikuti pendidikan berterusan dalam bidang kesihatan semula jadi, berkebun serta memelihara sekumpulan kecil lebah dalam sarang khas.

Monica Marcu

Monica Marcu, Pharm. D, Ph.D.

Pakar Botani

Minat Dr. Marcu terhadap pokok dan tumbuh-tumbuhan bermula sejak kecil lagi. Beliau telah mengabdikan seluruh kerjayanya dalam kajian botani, terutamanya tumbuhan bagi tujuan perubatan dan pemulihan. Sebagai penyelidik dan pakar farmakologi klinikal yang disegani, beliau telah bekerja di beberapa buah farmasi klinikal dan makmal penyelidikan bioperubatan di seluruh dunia. Dr. Marcu ialah pengarang buku bertajuk Miracle Tree. .

Scott A. Johnson

Scott A. Johnson

AMP, CCMA, CPC, Pakar Naturopati

Dr. Johnson ialah pengarang lapan buku yang laris dijual serta lebih 250 artikel yang dicetak dan diterbitkan dalam talian. Beliau memiliki ijazah kedoktoran dalam naturopati, selain berkhidmat sebagai Pengamal Perubatan Alternatif (AMP) Bertauliah, Pakar Aromaterapi Klinikal Bertauliah (CCMA) dan Jurulatih Profesional Bertauliah (CPC). Beliau menggunakan pendekatan berasaskan bukti untuk merangsang penyembuhan secara semula jadi. Pengalamannya yang luas dalam penyeildikan perubatan mengharumkan nama beliau sebagai salah seorang pakar penggunaan terapeutik minyak pati yang terkemuka di dunia. Beliau juga merupakan penceramah antarabangsa yang berbakat dan telah menyampaikan beberapa pembentangan penting di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Shelly Maguire

Shelly Maguire

Pakar Penjagaan Kulit & Kecantikan

Shelly Maguire telah mencipta dan memperkenalkan lebih 50 produk antipenuaan untuk penjagaan kulit sejak tahun 2001. Kerjaya Shelly sebagai hos tetap di Home Shopping Network (HSN) TV Live dan Live TV Worldwide, penyampai maklumat komersial, serta popularitinya sebagai juruacara rancangan radio dan pengarang terkenal telah melonjakkan reputasi beliau dalam industri penjagaan kulit. Sepanjang kerjayanya, Shelly telah melaksanakan beberapa inisiatif keusahawanan termasuk menubuhkan dan mengendalikan rangkaian spa kecantikan mewah yang kini menggaji lebih 125 orang pekerja, dan mencipta program pendidikan berterusan yang diiktiraf untuk pakar terapi urut dan pakar estetik. Minat Shelly terhadap penjagaan kesihatan mula berputik selepas beliau disahkan menghidap penyakit yang tidak boleh diubati, iaitu Fibrosis Sista (Cystic Fibrosis), pada usia 12 tahun. Ketika itu, doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup selama 18 tahun sahaja. Shelly membuat keputusan untuk menceburi bidang kesihatan dan kesejahteraan bagi membantu beliau menangani penyakit itu serta masalah kulitnya sendiri. Berlatarbelakangkan pengalaman hidupnya sendiri, Shelly berazam untuk terus menjadi sumber ilham dan motivasi bagi membantu setiap insan di seluruh dunia! Semangat beliau untuk membantu orang lain dan berinteraksi dengan mereka secara peribadi telah membawa beliau menerokai industri jualan langsung.